777

Resepi Talam Keladi Awesome

 
Siapa tak makan talam keladi? Sukanya saya! Lembut dan sedap. Kalau lembik, lagi marvelous. Kikikik. Untuk hidangan, agak memalukan dengan keadaan kuih yang lembik. Akan tetapi, Kalau untuk makan sendiri... Sedapnya makan suam-suam tekstur yang lembut. Kalau malas, sudu kan aje!


Aishhhhh... Kalau bulan puasa... Lagi la sedap kuih ni tau!


Agak-agak, senang ke nak membuatnya? Meh share... Ini resepi dari Azie Kitchen. Memang saya copy paste sahaja resepinya di sini.

Bahan Lapisan  Bawah 
Bahan (A)
220 gm tepung beras 
40 gm tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan (B) 
250 gm keladi - (saya letak 300 gm) 
Buang kulit, basuh dgn air garam supaya tidak hitam, potong kiub dan kukus selama 5-8 minit. Lepas kukus baru timbang

Cara-cara:
Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.

Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10x10x3 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.


Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum (saya guna 160 gm)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (guna 4 biji telur)
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple

Cara caranya:
Bancuh semua bahan bahan di atas dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap. 

Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Lap penutup pengukus 5 minit sekali.

Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong, jika boleh menggunakan pisau plastik.

Macam mana? Senang ke susah? Sebenarnya tak la susah mana. Rajin atau malas. Kalau mak saya, sering Kali saya melihat dia Akan blend bahan-bahan tu di dalam blender electric sebelum ditapis. Lebih mudah untuk disebatikan. Nak mencuba?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...