Pages - Menu

Berbaloi Makan Di Dapur Penyet


Siapa suka ayam penyet? Apa kah yang penting di dalam menu ini? Sambalnya? Ayam garingnya? Tempenya? Entah la... Yang pasti, kombinasi semuanya mesti kena. Jika tidak, maka kurang kick la menu penyet tu.

Kalau ke Dapur Penyet, pilihannya bukan sekadar ayam. Ada macam-macam jenis lagi penyet yang Ada : lele aka Ikan Keli penyet, udang penyet, ayam bakar Dan pelbagai lagi. Pilihan Sayur pun banyak, maklumlah nak kombinasi kan dengan lauk.

Pilihan Kali ini, ayam penyet Dan ayam bakar penyet. 


Kailan goreng. Penuh semeja!


Ayam bakar dihidang bersama set sayuran, Tempe goreng, tauhu goreng Dan tentunya sambal penyet yang super pedas. Sambal nya lain sikit Dari set ayam goreng. Lebih kepada sambal kicap gitew! Wow! Makan memang asyik menyedut air. Panassss!!!


Ayam penyet juga dihidang dengan set yang sama. Bezanya pada sambal penyet. Sambal penyet bagi ayam penyet, sama la rupanya dengan set-set ayam penyet yang lain. 



Air pilihan kami sama : milo dinasour yang melimpah ruah. Amboi! Puas menyedutnya. Milo ori tau! Tak macam sesetengah kedai, milonya dah tak ori. Di campur malt.

Harga? Murah! Murah sangat Dan sesuai dengan portion nya. Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment