Bahan-bahannya :
Asparagus
udang saiz sederhana – ikut suka berapa banyak
3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
Cili padi – ikut tahap kepedasan :)
Caranya :
- Potong asparagus ikut saiz yang dikehendaki – pilih yang lembut je tau. Yang keras tu, tak boleh makan pun :)
- Tumis bawang putih, cili padi hijau/merah hingga wangi.
- Masukkan sos tiram dan udang.
- Masukkan asparagus.
- Masukkan secubit gula dan sos ikan. Biar sekejap dan angkat.
Pastikan asparagus masih rangup, barulah sedap!
No comments:
Post a Comment