777

Resepi Kek Lapis Cheese Pesona


Weeee... berbuka ngan cheese cake la pulak. Kali ini tidak rushing macam menu yang ini. Dibuat awal pagi untuk berbuka. Renyah? Senang sangat. Cuma memerlukan sedikit kerajinan - standard la kan?

Sumber dari akak ni. Copy & paste aje kat bawah ni. Amatur macam saya oleh la buat, cuma, skill masih tiada, so tak comel la macam akak tu. 

Bahan-bahan :

Bahan A

2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) - saya guna separuh aje (300gm)
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus - pakai 1/4 cawan. Tak manis sangat. Sesuai!!!

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
  4. Panaskan susu segar, padamkan api.
  5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat.. Dan terus susun dalam loyang
  6. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
  7. Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis
  8. kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis
  10. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  11. Kemudian,kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese
  12. Tekan2 sikit permukaan tu
  13. Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.
  14. Lapisan atas sekali adalah biskut oreo yang telah dikisar.
Nampak macam ada 14 steps, tapi sebenarnya steps berulang-ulang. So, apalagi? Cubalah :)

Baru siap di lapis.

Dah sejuk dan keras :)


Siap di dalam tuperware! Hihihi... test tupperware baru - macam ni pun ada?


Resepi Red Velvet

Kek ku yang comot.



Resepi di ambil dari sini. Kali pertama cuba. Dah la kali pertama, pandai-pandai pulak ingkar. Kan tak jadi. Nak cuba lagi.

Kek ni, tak berapa berongga. Padat aje, tapi, lembut la.... sedap juga tapi, too sweet!

Kek ni, patutnya biar sejuk dulu dalam oven. Tak sabar, panas-panas terus keluarkan. Hihihih.


Panaskan oven 175 darjah celcius
Langkah pertama, sediakan,
250 gm tepung gandum
1 sudu the baking powder
½ sudu the garam halus
2 sudu makan cocoa powder
- ayak sekali dalam satu bekas. Ketepikan.

Langkah kedua
240 ml susu segar + 2 sudu teh cuka
-perap selama 10 minit. Tambah 2 sudu the pewarna merah. Ketepikan. – saya pakai pewarna pink

Langkah ketiga
Pukul sampai kembang,
150 gm butter
100 gm gula kastor – 50 gm gula pasir. Huhuhu. Next time, xnak letak.
200 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
Bila dah kembang, masukkan 2 biji telur satu persatu. Pukul lagi sampai kembang. Kemudian, masukkan tepung ( langkah pertama ) berselang-seli dengan langkah kedua. Ketepikan.

Langkah keempat
Campurkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat. Campuran ini akan berbuih-buih. Masukkan cepat-cepat ke adunan langkah keempat.

Langkah kelima
Masukkan ke dalam Loyang dan bakar selama 25 – 30 minit. Sejukkan. Hias mengikut citarasa.



Cheese cream frosting
250 gm cream cheese
30 gm butter
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100 gm gula aising – lain kali tak nk letak. Kasi masam.
-      Satukan. Semua bahan dan pukul hingga kembang

Resepi Maggie Goreng Kerang

 

Niat hati nak makan mee goreng kerang. Yang ada adalah maggie. Maka jadilah maggie goreng kerang. Tapi, walaupun maggie, sedap juga.

Bahan-bahannya :
2 bungkus Mee maggie - rendam air panas dan toskan
1/2 cawan isi kerang
5 ekor udang - buang kulit
Sedikit sawi
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - ditumbuk
1 biji telur
Sesudu cili kisar
sedikit kicap pekat, sos tomato
Hirisan lada
Sedikit lemon - untuk perahan
2 biji tauhu yang telah digoreng dan dipotong 4

Caranya :
  1. Tumis bawang putih, bawang merah.
  2. Masukkan cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan telur.
  4. Masukkan sos tomato, kicap pekat dan sedikit air.
  5. Masukkan garam, kerang, udang dan tauhu.
  6. Masukkan mee.
  7. Masukkan sawi.
  8. Sesuaikan rasa - cukup masin / tidak.
  9. Perahkan lemon dan hias dengan hirisan lada. Siap.

Resepi Kerabu Mangga Simple

Kenapa kerabu mangga simple? Sebab semata-mata mangga, tak letak pun cili padi ke, bawang putih ke. Nak makan, tapi bahan tak cukup :)



Bahan-bahannya :
1 biji mangga muda
1/2 cawan kacang - sangat mewah kacang. Kalau tak suka, letak 1/4 cawan sahaja
2 sudu besar udang kering
Garam dan gula
Sedikit perahan asam limau

Caranya :
  1. Goreng kacang tanpa minyak. Tumbuk sedikit.
  2. Goreng udang kering tanpa minyak.
  3. Potong mangga memanjang.
  4. Campurkan semua bahan.
  5. Sejukkan dan siap :)


Jika nak sedap lagi, masukkan hirisan cili sedikit, bawang besar yang dihiris dan bunga kantan. Ada orang letak belacan. Untuk yang alah pada udang, gantikan dengan ikan bilis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...