Pages - Menu

Resepi Nasi Goreng Ayam Goreng

Menu breakfast di hujung minggu. Sambil menonton rancangan kartun, sambil mengisi perut. Cukuplah dengan lebihan nasi malam tadi :) Ayam goreng tu pun, yang malam tadi punya. Hiihi... 


Nasi goreng ni, memang versi tak pedas langsung. Saya makan bersama sambal cili yang ada :) Memudahkan diri kerana tidak perlu menyediakan makanan lain untuk anak kecil.


Bahan-bahannya :
Nasi - 2 cawan
Dua ketul ayam goreng
Sekeping fishcake - dipotong 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 ulas bawang merah - ditumbuk 
Sedikit mixed vege
Sebelah limau kasturi
Garam
Sedikit bilis goreng
Sedikit bawang goreng
Lada merah - dihiris halus
Telur mata kerbau
Lada sulah
Kicap / sos - jika suka

Caranya :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih sampai wangi.
  2. Masukkan sedikit garam. Perahkan limau nipis.
  3. Masukkan ayam goreng yang telah dicincang.
  4. Masukkan fishcake.
  5. Masukkan mixed vege.
  6. Masukkan nasi, dan kemudian gaul rata. 
  7. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
  8. Taburkan hirisan cili, bilis dan bawang goreng.

4 comments: