Sedap! Muffin yogurt ni di buat semalam. Dibuat bersama kek gula hangus dan karipap. Memandangkan kek gula hangus dan karipap adalah menu ulang tayang, malas la pulak nak snap.
Resepi ini diambil dari izahdaut. Sedap! Anak bujang ada majlis di nursery. Kalau diberitahu awal, boleh la mama beli buah aje -- edisi malas. Tapi, disebabkan diberitahu last minute, puas la mem browse di alam maya. Cari-cari resepi yang mudah, tanpa perlu ke kedai mencari bahan.
Heeee....
Bahan-bahannya :
120gm tepung
70 gm gula kastor - saya pakai 30gm gula perang
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150gm yogurt - saya pakai 135gm yogurt mangga = 1 bekas yogurt kecil
1 biji telur
50gm minyak sayuran
1 tsp esen vanilla
Filling - ikut suka. Saya letak blueberry jam
Caranya :
- Panaskan oven ke 180 C
- Campurkan semua bahan kering. Ketepikan.
- Sebatikan semua bahan basah kecuali filling.
- Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu.
- Masukkan choc chip.
- Isi ke dalam muffin cup sedikit. Masukkan filling dan isi lagi adunan sehingga 3/4 cup penuh.
- Bakar 20 - 35 minit bergantung pada oven masing-masing.
Sedap! Resepi ni memang gebu dan sedap. Niat asal untuk dibawa ke nursery, nampaknya tak kesampaian. Selamat di makan. So, anak bujang hanya membawa karipap sahaja la :) Adunan ni, saya cuma dapat 8 cup. Bubuh terlebih...