777

Resepi Speghetti Creamy Carbonara

Bahan-bahan :
Sepeket speghatti

Sebatang carrot – di potong dadu
400gm daging cincang
Seulas bawang putih – dicincang
Selabu bawang india – dicincang
1 tin cendawan butang –  di hiris halus
Olive oil
2 sudu butter 
200 ml susu segar
2 biji tomato ranum – di potong dadu


1 tin Prego Cheese and Herbs - boleh ganti dengan 1 sudu teh italian herbs dan 1/2 cawan tepung gandum yang dibancuh bersama 3/4 cawan air


Caranya :
  1. Didihkan air. Masukkan garam, speghatti dan sesudu olive oil.
  2. Setelah speghatti lembut, angkat, tos dan ketepikan.
  3. Masukkan sedikit olive oil dan butter ke dalam periuk.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang india. Tunggu bawang layu.
  5. Masukkan daging cincang. Tunggu masak dan kuning ( masak, bukan garing ).
  6. Masukkan susu segar.
  7. Bila susu segar hampir kering, masukkan carrot, mushroom dan tomato segar.
  8. Masukkan Prego Cheese and Herbs dan 3 cawan air atau italian herbs dan bancuhan tepung untuk memekatkan kuah.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.

Resepi Ketupat Dakap / Pulut Dakap


Bahan-bahan :
1 pot beras pulut - rendam semalaman
1/2 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 1/2 sudu teh garam
Daun pisang yang telah dilayur


Caranya :
  1. Kukus pulut hingga tiga suku masak.
  2. Masukkan ke dalam loyang.
  3. Masukkan dan kacau pulut bersama santan bercampur garam.
  4. Jika nak buat ketupat tawar / lemak, terus kukus hingga masak.
  5. Jika nak buat ketupat manis, campurkan gula secukup rasa.
  6. Letak sesudu besar pulut di atas daun pisang.
  7. Leperkan pulut.
  8. Lipat kemas seperti lepat.
  9. Lekap dua bungkus berdakapan dan ikat kemas dengan tali rafia.

Resepi Sate

Bahan-bahan :
Daging ayam / daging
*bahan-bahan di bawah ikut kuantiti daging
*kisar halus semua bahan
Serai 
Kunyit
Bawang besar
Halia
Lengkuas
Jintan manis - disangrai dulu
Jintan putih - disangrai dulu
Ketumbar - disangrai dulu
Garam
Gula 

Caranya :

  1. Perapkan semua bahan di atas dengan daging.
  2. Biar semalaman.
  3. Cucuk daging pada lidi sate.
  4. Bakar.
  5. Semasa membakar, sapukan minyak kuah sate ke atas daging.
  6. Siap :)

Resepi Tapai Pulut

Bahan-bahan :
1 kg beras pulut
1/2 biji ragi - tumbuk halus dan diayak
Daun pisang untuk membalut

Caranya :
Masak / kukus pulut. Sukatan pulut sama dengan sukatan air.
Masukkan pulut ke dalam dulang. Ratakan dan biar betul-betul sejuk.
Ayakkan ragi di permukaan pulut.
Terbalikkan pulut. Ayakkan lagi ragi.
Balut pulut dengan daun pisang.
Simpan dan peram ditempat sejuk ( dalam tong beras etc ) selama 2 hari.
Siap :)

Resepi Ayam Goreng Shitake

Bahan-bahannya :
Daging ayam
Sedikit cendawan shitake
Sedikit bawang besar
Cili merah
Garam
Kicap
Kunyit
Daun supDaun bawang


Caranya :
  1. Cincang daging ayam.
  2. Perapkan dengan garam dan kunyit.
  3. Goreng dengan minyak sederhana hingga garing.
  4. Masukkan bawang, cili dan cendawan shitake.
  5. Letakkan sedikit kicap.
  6. Tunggu hingga bawang dan cili garing.
  7. Taburkan daun bawang dan daun sup yang dihiris.
  8. Siap :)

Resepi Serunding Ikan Bilis

*pic : MyResepi
Bahan-bahan :
200g ikan bilis - rendam air untuk buang garam
1 cm halia
1 cm lengkuas
6 batang serai
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
1 labu bawang besar
Garam
Gula


Caranya :

  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Masak denga api sederhana hingga kering.
  3. Siap :)
  4. Mudahnya....



Sumber : MyResepi

Resepi Ayam Masak Lada Hitam / Ayam Blackpepper

Bahan-bahan :
Ayam
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar
Lada merah
Lada hijau
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
Kicap 
Sos tiram


Caranya :

  1. Tumis bahan tumbuk.
  2. Masukkan kicap dan sos tiram.
  3. Masukkan ayam.
  4. Masukkan bawang besar dan lada.
  5. Sesuaikan rasa.
  6. Siap :)


Resepi Serunding Udang

*pic : outdoorfreak
Bahan-bahan :
2 kilo udang segar
Santan dari sebiji kelapa
Cili kering yang dimesin
Lengkuas
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Serai 
Daun kunyit
Kerisik
Garam 
Gula
Asam keping


Caranya :

  1. Kisar udang menggunakan santan sehingga hancur.
  2. Masukkan cili kisar. Masak di atas api sederhana.
  3. Kisar semua bahan di atas menggunakan lebihna santan.
  4. Campurkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan daun kunyit, garam, gula, asam keping dan kerisik.

Kacau hingga kering.


Sumber : outdoorfreak


p/s : nampak menyelerakan. Guna udang basah. Kalau udang kering, saya tak makan. Gatal! :)

Resepi Kuah Lodeh

*pic : myResepi
Bahan-bahan :
Bahan dikisar halus
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari kunyit hidup
1 hiris halia
2 sudu udang kering
2 sudu ikan bilis
Sedikit belacan
2 sudu jintan kasar ( jintan manis ) - sangar


2 batang serai - dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas - diketuk
200g udang basah 


1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
1 biji terng panjang
1 keping tauhu kering - direndam
4 biji kentang
4 keping tauhu - dipotong kecil dan goreng
4 keping tempe - dipotong kecil dan goreng
2 ikat su'un - direndam
Lada merah dan hijau - dipotong serong
2 liter santan pekat dan cair - dari tiga biji kelapa
Air
Garam
Minyak untuk menumis


Caranya :

  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tumis lagi.
  3. Masukkan santan, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sayur-sayuran.
  5. Tambah air.
  6. Setelah masak, sesuaikan rasa dengan garam.
  7. Sedap dihidang bersama ketupat, nasi impit, sambal kacang dan serunding :)



Sumber : MyResepi

Resepi Sup Sotong

Bahan-bahannya :
Sotong kecil - apa saiz pun boleh.
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Carrot
Kacang panjang
Garam
Air


Caranya :
Tumis bahan tumbuk.
Masukkan air dan carrot.
Masukkan sotong dan kacang panjang.
Sesuaikan rasanya dengan garam.
Siap :)

Resepi Puding Roti II


Bahan-bahannya :
7 keping roti - kali ni x siat2, cuma potong 4
2 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
3 sudu makan gula
1/2 sudu esen vanilla
Kismis untuk tabur


Caranya :

  1. Campurkan telur, susu, gula dan esen vanilla. Kacau sebati.
  2. Susun roti dalam loyang.
  3. Tuang campuran susu ke dalam loyang.
  4. Tabur kismis dan butter.
  5. Bakar 30 minit pada suhu 180 darjah - ikut oven masing-masing.

*sebab kali ini roti tidak disiat-siat, rasa macam lebih cantik dari dulu.
*masih manis, maybe sebab guna susu segar. Next time try untuk 2 sudu makan gula sahaja

Resepi Udang Masak Tempoyak

Bahan-bahannya :
Udang
Tempoyak - ikut kepekatan
Bawang merah - ditumbuk
Kunyit hidup - ditumbuk
Cili padi - optional - ikut kepedasan
Daun kunyit - dihiris halus - untuk bau wangi
Air
Garam


Caranya :

  1. Masukkan bahan tumbuk, tempoyak dan air ke dalam kuali.
  2. Masukkan daun kunyit.
  3. Tunggu samapi kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan udang.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam.
  6. Siap :)



p/s : kalau ada petai, campur sekali. Lagi umph...

    Resepi Sambal Ketuk

    Bahan-bahannya :
    Cili padi - ikut kepedasan - digoreng 
    Bawang merah - digoreng
    Ikan bilis - digoreng garing
    Garam
    Sebiji jus limau nipis


    Caranya :

    1. Tumbuk semua bahan goreng.
    2. Campurkan jus limau nipis.
    3. Sesuaikan rasa dengan garam.
    4. Siap :)



    Mudah dan sedap. Thanks Affee.

    Resepi Sotong Goreng Tepung

    Bahan-bahannya :
    Sotong - dipotong membulat
    Tepung jagung
    Tepung beras
    Lada sulah
    Garam
    Telur


    Caranya :

    1. Bancuh semua bahan di atas ( kecuali sotong dan telur ).
    2. Sukatan tepung jagung adalah dua kali sukatan tepung beras.
    3. Campurkan sotong.
    4. Celup dalam telur sebelum digoreng deep fry.
    5. Siap :)

    Resepi Sagu Gula Melaka

    *abaikan presentation yang hampeh ini :)


    Bahan-bahan :
    1/2 cawan sagu
    2 liter air 
    1 keping nisan / gula melaka
    1/4 cawan air
    Daun pandan - siat-siat & simpulkan
    1 cawan susu sejat - *serius kalo guna santan lagi sedap :(


    Caranya :
    1. Cuci bersih sagu dan rendam sebentar.
    2. Didihkan air, masukkan sagu.
    3. Masak hingga warna sagu menjadi jernih.
    4. Toskan sagu dan cuci untuk membuang lebihan kanji.
    5. Masukkan dalam bekas / acuan. Simpan dalam peti sejuk.
    6. Masak nisan bersama air dan daun pandan.
    7. Setelah larut dan pekat, tapis dan ketepikan.
    8. Didihkan susu bersama sedikit garam. Ketepikan.
    9. Hidangkan sagu bersama susu dan gula melaka. 
    10. Lebih sedap jika campur air batu :)

    Resepi Kucai Goreng Brokoli


    Bahan-bahannya :
    Kucai
    Brokoli
    Carrot - dihiris
    Lada besar
    Capsicum
    Bawang merah - ditumbuk
    Bawang putih - ditumbuk
    Ikan bilis / udang kering - ditumbuk


    Caranya :

    1. Tumis bawang hingga wangi.
    2. Masukkan ikan bilis / udang kering.
    3. Masukkan sedikit air.
    4. Masukkan carrot, lada besar, capsicum, kucai dan brokoli.
    5. Sesuaikan rasa dengan garam.
    6. Siap :)


    Resepi Pegedil Daging

    Bahan-bahannya :
    3 biji kentang - rebus 
    2 labu bawang besar - hiris
    Sedikit daging - rebus & kisar.
    Lada hitam
    Garam
    Daun bawang - hiris kasar
    Daun bawang - hiris kasar
    Sebiji telur


    Caranya :
    1. Goreng garing bawang. 
    2. Tumbuk bawang bersama kentang, lada hitam dan garam.
    3. Satukan bersama daging kisar.
    4. Satukan lagi dengan daun bawang dan daun sup.
    5. Bnetukkan bulat-bulat.
    6. Golek pada telur sebelum digoreng.
    7. Sedap :) 
    Refer : Resepi pegedil kentang

    Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

    Bahan-bahan :
    1/2 kilo siput sedut
    santan
    4 ulas bawang merah - ditumbuk
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    halia - ditumbuk
    serai - dititik
    cili padi - ikut tahap kepedasan - ditumbuk
    garam
    kunyit
    Daun kunyit - dicarik-carik - untuk bau wangi


    Caranya :

    1. Tumis bahan tumbuk.
    2. Masukkan santan.
    3. Masukkan siput yang telah dibersihkan.
    4. Masukkan garam, kunyit, daun kunyit dan serai.
    5. Biar kuah agak pekat, siap :)

    Resepi Pisang Sira


    Bahan-bahannya :
    Pisang nangka
    Bunga cengkih 
    Daun pandang - siat sikit
    Air
    Gula - ikut manis mana nak


    Caranya :

    1. Kupas pisang.
    2. Masukkan pisang, air, gula, bunga cengkih dan daun pandan.
    3. Masakkan hingga air hampir kering.
    4. Angkat dan hidangkan.
    5. Siap :)

    Resepi Udang Masak Saleri

    Menu yang sempoi tapi, mesti tertawan lah. Cruncy je saleri tu...


    Bahan-bahan :
    Udang 
    4 batang daun saleri - dihiris kasar
    2 ulas bawang merah - ditumbuk
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    Cili merah - dihiris
    Sedikit air
    Garam


    Caranya :
    1. Tumis bawang.
    2. Masukkan sedikit air.
    3. Masukkan udang.
    4. Masukkan saleri.
    5. Masukkan cili.
    6. Sesuaikan rasa dengan garam.
    7. Siap :)

    Petua Nasi Mentah

    Pic : Mr. Google
    Kalau nasi dimasak mentah, isikan air panas dalam mangkuk kecil yang tahan panas. Buat lekukan di bahagian tengah nasi, masukkan mangkuk tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

    Resepi Kek Batik II


    Bahan-bahan :
    Biskut marrie - saya pakai Jacob's oatmeal sebab tiada biskut marrie - terpulang nak banyak biskut / byk choc
    1/2 cawan brown sugar
    3/4 cawan serbuk koko
    1/4 cawan milo
    3/4 buku butter
    3 biji telur
    2 sudu serbuk nestum
    1/3 cawan badam bakar - 


    Caranya :
    1. Pukul telur bersama butter dan gula.
    2. Masukkan serbuk koko dan milo.
    3. Panaskan di atas api dengan api perlahan.
    4. Kacau.
    5. Tunggu adunan sejuk sedikit.
    6. Masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan.
    7. Masukkan badam bakar dan serbuk nestum.
    8. Curah dalam bekas yang telah dilapik plastik.
    9. Padat-padatkan dan sejukkan dalam peti sejuk.
    10. Siap :)

    Resepi Bayam Masak Lemak

    Bahan-bahan :
    Sayur bayam - disiang dan dicuci
    Tempe - dipotong memanjang
    Carrot - dihiris memanjang
    Tomato - dibelah 4
    Tauhu - dihiris memanjang
    Udang
    1 labu bawang besar - ditumbuk
    Santan - ikut kepekatan dikehendaki
    Air


    Caranya :

    1. Masukkan air dan bawang dalam kuali.
    2. Tunggu mendidih.
    3. Masukkan santan.
    4. Masukkan tomato.
    5. Masukkan tempe, tauhu, carrot dan udang.
    6. Masukkan bayam.
    7. Sesuaikan rasa dengan garam.
    8. Didihkan sekejap.
    9. Siap :)

    Resepi Tumis Lada

    Bahan-bahan :
    Cili hijau  - dihiris
    Cili padi - jika nak pedas  - dihiris
    1 labu bawang besar - dihiris
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    3 ulas bawang merah - ditumbuk
    Garam


    Caranya :

    1. Tumis bahan tumbuk.
    2. Masukkan cili dan bawang besar.
    3. Tunggu cili dan bawang layu.
    4. Tambah garam sedikit.
    5. Siap :)

    Resepi Sup Cendawan



    Bahan-bahan :
    Air rebusan tulang ikan -  saya pakai tulang ikan dari sini
    Cendawan kelabu
    Pak choi
    Lada besar - merah - dihiris
    Tomato - dipotong 4
    4 ulas bawang merah - ditumbuk
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    Garam


    Caranya :
    1. Tumis bawang hingga wangi.
    2. Masukkan air rebusan ikan (tapis dulu ).
    3. Masukkan sayur-sayuran.
    4. Sesuaikan rasa dengan garam.
    5. Siap :)

    Resepi Ikan Percik



    Owh sedap.....


    Bahan-bahan :
    4 ekor ikan kembung
    8 ulas bawang merah - ditumbuk
    2 biji santan kelapa
    halia - ditumbuk
    air asam jawa
    Sesudu tepung jagung - optional
    Garam 
    Gula


    Caranya :
    1. Didihkan santan di dalam kuali dengan api yang perlahan. Kacau supaya tidak berketul.
    2. Masukkan bahan kisar, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
    3. Jika nak masukkan tepung jagung, bancuh dalam air dan masukkan untuk pekatkan kuah.
    4. Sesuaikan rasa. Kuah siap :)
    5. Bakar ikan kembung sampai masak.
    6. Siram kuah ikan percik ke atas ikan dan bakar semula.
    7. Siram dan bakar 3 kali supaya rasa kuah meresap ke dalam ikan.
    8. Siap :)

    Resepi Akok


    Bahan-bahan :
    5 biji telur - gred A
    200 ml santan pekat
    100 ml air
    2 kerek gula nisan - gila melaka
    30 gram tepung gandum
    Daun pandan
    Garam

    Caranya :
    1. Masak air, nisan dan daun pandan hingga mendidih. 
    2. Tutup api.
    3. Masukkan santan.
    4. Masukkan telur dan tepung.
    5. Blend adunan hingga tiada ketulan.
    6. Panaskan acuan akok bunga di atas dapur - letakkan bara arang di atas penutupnya.
    7. Leserkan sedikit minyak ke dalam acuan.
    8. Masukkan adunan.
    9. Lebih kurang 10 minit, kuih akan masak. Cucuk dengan lidi untuk memastikannya.
    10. Siap :)

    Resepi Lawar II


    Resepi lawar lagi! Original resepi adalah macam ini.
    Bezanya disini adalah campuran sedikit hirisan mangga masak. Sedap!

    *macam nak makan hari-hari. Siapa nak tolong perisikan ikan ( buang tulang ikan ) ?

    Resepi Ayam Sambal

    Bahan-bahan :
    Ayam
    10 biji cili kering - dikisar
    4 ulas bawang merah - dikisar
    4 ulas bawang putih - dikisar
    Sedikit halia - dikisar
    2 batang serai - dititik
    Sedikit lengkuas - dikisar
    Belacan - jika suka - dikisar
    Garam
    Gula
    Air asam jawa

    Caranya :
    1. Perap ayam dengan garam dan kunyit.
    2. Goreng ayam sehingga masak - masak, bukan garing. Ketepikan.
    3. Tumis bahan kisar bersama serai.
    4. Masukkan air asam jawa. 
    5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
    6. Masak hingga pecah minyak.
    7. Siap :)

    Resepi Kuih Dadar / Ketayap


    Bahan-bahan :
    Inti
    1/2 biji kelapa parut
    1/2 cawan gula merah
    Daun pandan

    Kulit 
    1 cawan tepung gandum
    2 biji telur
    daun pandan - diambil jusnya - ini untuk bau yang wangi
    Daun pandan betawi - diambil jusnya - ini untuk warna hijau yang cantik
    1 1/2 cawan santan
    Sedikit garam
    2 sudu minyak sayuran


    Caranya :
    Inti 
    1. Campurkan semua bahan inti.
    2. Kacau sebati sehingga 15 minit.
    3. Setelah kelapa parut sebati dengan gula merah, ketepikan.
    Kulit
    1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersama secubit garam.
    2. Masukkan santai dan jus pandan yang telah ditapis.
    3. Kacau sebati.
    4. Masukkan minyak sayuran. 
    5. Kacau sebati.
    6. Panaskan kuali.
    7. Leserkan minyak.
    8. Cuah sesenduk adunan dan layangkan kuali hingga adunan membentuk bulat.
    9. Setelah masak ( 2 - 3 minit ), angkat, masukkan inti dan gulung.
    10. Siap :)

    Resepi Ulam Terung



    Resepi mudah-mudah sahaja. Untuk dimakan bersama sambal ayam penyet. Sedap :)

    Bahan-bahan :
    Terung
    Minyak untuk menggoreng

    Caranya :
    1. Potong terung.
    2. Gorengkan di dalam minyak panas - deep fry.
    3. Toskan dari minyak.
    4. Siap.
    5. Cicah la dengan sambal.

    Resepi Sambal Ayam Penyet

    Bahan-bahan :
    cili merah - ikut tahap kepedasan
    Cili padi - ikut tahap kepedasan
    5 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    2 biji tomato - saiz besar
    Sedikit belacan
    Garam
    Gula - brown sugar lagi elok

    Caranya :
    1. Bakar belacan hingga naik bau.
    2. Goreng bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan tomato.
    3. Toskan minyak.
    4. Tumbuk semua yang telah digoreng tadi.
    5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
    6. Sedap :)
    Resepi asal dari citarasa ramai

      Resepi Sayur Campur


      Bahan-bahan :
      Kucai 
      Capsicum
      Carrot
      Brokoli
      2 ulas bawang merah - ditumbuk
      3 ulas bawang putih - ditumbuk
      Bilis / udang kering

      Caranya :
      1. Tumis bahan tumbuk. Masukkan bilis / udang kering yang telah ditumbuk.
      2. Masukkan sedikit air.
      3. Masukkan capsicum, carrot, kucai dan brokoli.
      4. Sesuaikan rasa dengan garam.
      5. Siap :) 

      Resepi Murtabak Daging


      Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)
      • 4 cawan tepung gandum
      • 1 biji telur
      • 1 sudu besar susu pekat manis
      • 2 sudu besar marjerin
      • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
      1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
      2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
      3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
      4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)
      *Untuk Kuah Bawang Merah*
      • 1 biji bawang besar
      • 1 sudu besar cuka
      • 1 sudu besar sos cili maggi
      • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
      • sedikit gula dan garam
      1. Cara buat kuah bawang merah...... hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.
      BAHAN2 UTK INTI MURTABAK :
      • 300g mince meat
      • 2 bawang besar-potong dadu
      • 3 bawang putih-potong dadu
      • 4 sb rempah kari
      • garam+gula secukup rasa
      **1 bawang-potong nipis2
      **6 biji telur-atau secukupnya
      1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
      2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
      3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
      4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
      5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.
      Source : copy and paste dari sini

      Resepi Pulut Inti

      Bahan-bahan :
      600gm beras pulut - rendam, cuci dan toskan
      Santan dari 1/2 biji kelapa

      Inti Serunding :
      300 gm kelapa parut
      50 gm udang kering
      5 tangkai cili merah
      3 labu bawang besar
      3 ulas bawang putih
      2 batang serai
      Air
      Garam

      Caranya :
      1. Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian kukus hingga 1/2 masak. Gaulkan pulut dengan santan yg telah dicampur dengan garam dan dikukus sehingga pulut masak.
      2. Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
      3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
      4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
      5. Sangai sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
      6. Hidangkan bersama pulut yang telah dikukus tadi.


      Source : sudah lupa. Resepi ini dicari di internet :)

      Resepi Masak Lemak Cili Padi Telur Masin

       *abaikan bekas yang comot :)
      Bahan-bahan :
      3 biji telur masin
      Santan 
      Serai - dititik
      1/2 labu bawang besar - ditumbuk
      2 ulas bawang putih
      2 biji cili besar - ditumbuk
      cili padi - ikut tahap kepedasan
      serbuk kunyit
      garam

      Caranya :
      1. Masukkan bahan tumbuk, serai, serbuk kunyit dan sedikit air ke dalam kuali.
      2. Setelah mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur satu per satu.
      3. Setelah telur mula mengeras, masukkan santan.
      4. Sesuaikan rasa dengan garam dan siap :)

      Resepi Soto Ayam

      Bahan - bahan :
      Nasi impit
      Sohoon -  digoreng (minyak banyak)
      Kacang tanah -  digoreng
      Daun sup - dihiris kasar
      Daging ayam - direbus dan dicarik kasar
      Taugeh
      Sup ayam

      Caranya :
      1. Nasi impit dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas.,
      2. Masukkan pegedil kentang, sohoon goreng, kacang tanah, daun  sup dan isi ayam ke dalam bekas.
      3. Tuangkan sup ayam ke dalam bekas.
      4. Sedap di makan bersama sambal kicap.
      5. Next time, update resepi sup soto ayam :)

      Resepi Cek Mek Molek

      Bahan-bahan :
      4 biji ubi keledek - direbuk dengan sedikit garam hingga empuk 
      2 cawan tepung gandum - ikut keperluan
      Gula
      Caranya :
      1. Keledek ditumbuk lumat.
      2. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
      3. Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil.
      4. Leperkan di bahagian tengah bebola dan isi gula secukupnya.
      5. Tutup lapisan gula dan bentukkan kedua hujung menjadi runcing.
      6. Goreng dan sedia dimakan :)

      Resepi Pegedil Kentang


      Bahan-bahan :
      10 biji kentang
      2 biji telur - gred A
      Daun sup - dihiris kasar
      Bawang goreng
      Garam
      Serbuk lada hitam

      Caranya :
      1. Kentang dikupas. Gaulkan garam dan goreng hingga masak.
      2. Kentang ditumbuk lumat dengan semua bahan di atas - kecuali telur.
      3. Bulat-bulatkan semua bahan.
      4. Celup telur yang dipukul sebelum digoreng.
      5. Siap :)

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...