777

Resepi Sayur Kobis Tumis

Bahan-bahannya :
Kobis bulat
3 ulas bawang merah - mayang / tumbuk
2 ulas bawang putih - mayang / tumbuk
Ayam - dicincang
Gula
Telur


Caranya :
Tumis bawang.
Masukkan ayam.
Masukkam air dan telur. Kacau sebati.
Masukkan garam.
Masukkan sayur. Siap!


Resepi sayur ringkas untuk lunch :D

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour



Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
garam, kunyit dan bawang putih - tumbuk

Bahan untuk sos: 
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air
1 biji tomato - potong dadu

1/2 batang carrot - potong dadu
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa - saya letak madu
minyak

Cara: 

  1. Perap ikan dengan garam, kunyit dan bawang putih.
  2. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. 
  4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih. 
  5. Masukkan cili potong, garam dan madu. 
  6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi. 
  7. Hiaskan dengan daun sup & bawang.

Resepi Ikan Bakar

Source : Mr. Google
Bahan-bahannya :
Ikan - ikut suka
Garam
Kunyit
Daun pisang/aluminium foil - saya suka guna daun kunyit. Cuba la... baunya menyentap sukma. Wangi sampai luar rumah


Caranya :
  1. Perap ikan dengan garam dan kunyit.
  2. Balut dengan daun / aluminium foil.
  3. Bakar atas kuali.
  4. Hidang dengan air asam / air kicap / budu - ikut suka

Resepi Satay Ayam

Resepi ni, ambil dari sini. Hehehe... hanya berkongsi resepi. Saya tak pandai buat sate. Gambar ni, sate yang beli di kedai ye... bukan buat sendiri :P


Bahan-bahan sate:
1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih



Cara menyediakan:
1) Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2) Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
3) Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
4) Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.



Utk kuah sate, refer sini.

Resepi Roti Coklat

Roti ni, saya pakai resepi donut. Cuma, bentuknya di buat bulat-bulat dan diletakkan inti coklat :D


Bahan-bahannya :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil dry instant yis - saya pakai mauripan
Secubit garam
Sesudu susu - susu segar / susu tepung / susu pekat - untuk lembutkan doh
Sebiji telur
1/5 cawan butter
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air suam

Coklat cip / coklat bar


Caranya :

  1. Bancuh garam dalam air.
  2. Satukan tepung, yis, butter dan susu.
  3. Masukkan telur.
  4. Uli lembut. Ketepikan hingga doh naik 2 kali ganda.
  5. Uli lembut dan bentukkan bulat.
  6. Masukkan coklat di tengah-tengah.
  7. Tunggu hingga doh naik cantik, goreng.
  8. Siap!

Resepi Sepit Ketam Goreng

Bahan-bahannya :
Sepit ketam
6 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Serbuk kunyit
Serbuk lada putih / pepper
Sebiji telur
Sedikit garam


Caranya :
Campurkan semua bahan.
Goreng di api sederhana.

Resepi Nasi Goreng Cina


Bahan-bahannya :
3 cawan nasi
2 biji telur
Sayur campur
Sawi - heheh... sebab ada sawi kat rumah
Tomato - suka
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk


Caranya :
  1. Tumis bawang. Masukkan sos tiram.
  2. Masukkan sayur. Tunggu sayur menjadi lembut sedikit.
  3. Masukkan garam, telur.
  4. Lastly, masukkan nasi.
Siap. Jika nak pedas, masukkan cili padi. Makan dengan sambal belacan juga sedap! 

Do You Care Enough Contest

Owh... lari topic. Nak join contect gadis comel dari German ni.... Do you care enough? Hehehehe.... Gambar-gambar dia memang cantik. Dan kita pun bukannya expert pasal gambar. 


Kita tengok gambar pilihan ya.... jeng3...




Both gambar di atas ni memang menarik. Gambar atas tu, nampak refection imej di atas di dalam laut. Tengok gambar tu, terasa tempat itu sunyi dan damai. Tenang. Gambar di bawahnya pula, nampak simetri. Sudut yang cantik. Suka ambil gambar macam ni.



Gambar kaki-kaki ini pula, sangat la attractive. Walaupun hanya kaki-kaki kamu dan kamu dan kamu yang dipaparkan, dapat tengok dari mata kaki itu. Macam melihat dari mata sendiri. Nampak la suasana / keadaan yang sangat luas. Disebabkan fokus memang ke atas kaki, background hijau tu diblend cantik.... lagi cantik kalau pakai kasut merah di bawah ni. Hehehe.... 

Resepi Sambal Belacan

Pic from Mr. Google


Bahan-bahan :
1 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1/4 ketul belacan
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar
1/2 biji jus lemon
sedikit air


Caranya :

  1. Bakar belacan hingga garing.
  2. Goreng bawang besar hingga garing. Boleh juga dibakar.
  3. Kisar semua bahan di atas.
  4. Siap!

Resepi Hati Ayam Goreng



Gosh.... terliur jugak bila teringatkan menu ni. This week tak masak. Insya Allah weekend ni, masak sakan la sikit. Hehehe..... Disebabkan itu, kita sharekan masakan orang lain ye..... Ini resepi Chef Hanieliza. Banyak beli buku dia, walaupun resepi dia boleh di access online. Suka buat koleksi :)


Bahan :
500 hati ayam 
5 s/b minyak 
1 s/k kunyit 
1 s/k garam 
3 biji limau kasturi [ambil jusnya] 
1 pokok daun bawang [potong pendek] 

Bahan hiris :
1 labu bawang besar 
3 tangkai cili merah 
5 tangkai cili api 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 

Cara :
1. Hati ayam dibersihkan dan toskan kering. Gaulkan dengan kunyit dan garam. 
2. Panaskan minyak dan masukkan hati ayam. Biarkan sehingga masak. 
3. Kurangkan sedikit minyak dan masukkan bahan hiris. Kacau rata. 
4. Bila telah layu masukkan jus limau dan daun bawang. Kacau rata. 
5. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan. 

Resepi Sotong Goreng Seleri

Source : Sajionline


Bahan-bahannya :
5 ekor sotong - dibelah 2, dibersihkan & dikelar
1 batang lobak merah - dipotong nipis
1 biji lada benggala hijau - didadu
1 kelopak seleri - dipotong nipis
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa



Caranya :

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
  2. Masukkan lobak merah. 
  3. Masukkan sotong dan air. Biar hingga sotong masak.
  4. Masukkan seleri, lada benggala, garam, gula dan sos tiram.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.



Tips masak sotong : Sekejap sahaja. Jika sotong dimasak lama di atas api, sotong akan jadi liat seperti plastik.

Resepi Lasagna Mudah

Resepi dan pics dari Kaseh Nazlieza. Memang favourite la lasagna ni. Nampak menggiurkan. Pandai dia masak. Nak try :)


Lasagna

Kepingan lasagna
Keju parut - cheddar

Sos Merah

Daging cincang 
Tomato puri 
Sos cili
Bawang besar - dipotong dadu
Bawang putih - dicincang
Tomato buah - potong kecil
Carrot - potong dadu ( opt. ikut le sayur apa nak letak - kacang pea, cendawan butang etc.)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak zaitun utk menumis 


Caranya :1. Tumis bawang hingga agak layu, masukkan daging cincang
2. Bila daging agak masak, masukkan tomato puri dan sos cili, kacau sebentar
3. Masukkan sayur yg disukai dan potongan buah tomato
4. Perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam...angkat, ketepikan

Sos Putih

Butter
Tepung Gandum - bancuh dgn sedikit air
Susu segar
Four Cheese Pasta Sauce -takde leh guna cream mushroom pasta sauce/mushroom cream soup
Garam
Serbuk lada hitam


Caranya :1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum, kacau dan pastikan tepung tidak bergentel
2. Masukkan susu segar, kacau sebati
3. Masukkan pula four cheese pasta sauce dan biarkan seketika
4. Sebelum diangkat perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam

Penyediaan Lasagna

1. Griskan loyang pembakar dgn sedikit butter
2. Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang
3. Letakkan sos merah diatas lasagna
4. Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan sedikit keju parut
5. Ulang proses 2 - 4, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju yg banyak 
6. Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit mengikut oven masing-masing. Pastikan kepingan lasagna lembut, jika masih kurang lembut boleh tambah masa pembakaran. 
p/s : Seelok-eloknya rendam kepingan lasagna dlm air panas 15-30 minit sebelum dimasak.

Resepi Kek Cawan Coklat Brownie dengan Krim Putar Mentega Coklat

Resepi ini telah diceduk direct dari sini. Nampak sangat yummy. Saat ini, memang teringin sangat2 menikmati dessert yang manis2. Ice cream dalam freezer pun macam memanggil-manggil. Dapatkah bersabar utk malam ini sahaja? Dah malam ni..... tolong la.... esok makan lah puas-puas :D


4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

Panaskan ketuhar untuk 325° F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik. 



Krim Putar Mentega Coklat

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)

Coklat cip untuk hiasan.

Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.

Resepi Ketam Rebus Halia

Ketam, asalkan segar, masak apa pun sedap. Ini rebus {bodo} aje. Rasa macam x cukup aja makan. Dah la ketam tu semuanya ada telur!!! Meleleh air liur bila teringat.


Bahan-bahannya :
Ketam
Halia
bawang putih
garam secukup rasa


Caranya :
Didihkan air bersama halia dan bawang putih.
Masukkan ketam sehingga masak.

Resepi Kurma Ayam

Bahan-bahannya :
Ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis
rempah kurma
yogurt - menggantikan santan
garam


Caranya :

  1. Perap ayam dengan halia dan garam.
  2. tumis rempah tumis dan halia.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan rempah kurma dan air.
  4. Tunggu pecah minyak.
  5. Masukkan ayam.
  6. Apabila ayam nak masak, masukkan yogurt dan garam.
  7. Tunggu kuah pekat sikit, angkat. 
  8. Siap.



Jika tiada yogurt, boleh buat dadih sendiri. Caranya, bancuh susu (apa-apa susu) dengan air. Perahkan asam limau. Biarkan 5 minit agar ia berkeladak.


Jika suka, masukkan kentang, telur rebus dan lada hijau. Sedap!

Resepi Puding Roti

Bahan-bahan :
8 keping roti  - pakai kulit roti lagi sedap. Crunchy, balance buat sandwich
2 biji telur gred B
4 sudu gula - ikut kesukaan nak manis mana
4 sudu butter
Esen vanilla
500 ml susu cair/ susu segar
2 sudu besar kismis - xde pun xpe


Caranya :
  1. Carik-carikkan roti itu ke dalam loyang.
  2. Rendamkan dengan susu selama 30 minit.
  3. Campurkan semua bahan di atas dan masukkan ke dalam loyang.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selam 30 minit mengikut oven masing-masing / sehingga masak.

Resepi Penkek Coklat

Bahan-bahannya :
Secawan tepung naik sendiri
Sebiji telur - x letak sebab nak diet :D
2 sudu serbuk koko Van Hauten
4 sudu madu
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar
2 sudu minyak zaiton - diet la sangat.....


Caranya :
Bancuh semua bahan bersama.
Masak di atas pan / kuali leper.
Terbalikkan apabila dah nampak bersarang / berbuih-buih.


Sedap dimakan bersama butter

Resepi Kerabu Pahang

*resepi dan gambar dari SajiOnline. Nampak sedap. Semua bahan ada di dapur :P

Bahan-bahan :
100 gm daun kucai

100 gm tauge
1 sudu kecil jintan hitam - tumbuk halus
3 ulas bawang merah - tumbuk
10 tangai cili padi - tumbuk
1 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Caranya :
1. Bersihkan daun kucai dan dikerat 2 cm. Bersih dan tuskan tauge.
2. Di dalam mangkuk besar, campurkan daun kucai, tauge, jintan hitam, cili padi, santan dan bawang merah. Gaul rata dan hidangkan.

Resepi Udang Goreng Tepung

Mulut terasa nak mengunyah. Tapi macam malas aje nak masak..... Kalau malas, ini memang resepi yang sangat mudah untuk dibuat minum petang. Selalunya, jika bukan udang goreng tepung, saya akan buat cendawan goreng tepung. Resepi yang senang. Pejam mata pun boleh buat. Hati senang, perut pun kenyang :P ( a.k.a MALAS ). Ahahah.


Bahan-bahannya :
Udang
Tepung jagung
Tepung beras
serbuk kunyit
lada sulah
sebiji telur
sedikit garam


*sukatan utk tepung bergantung kepada udang. jika udang banyak, maka tepung pun banyak. Kuantiti tepung jagung adalah 3 kali ganda tepung beras.


Caranya :

  1. Satukan semua bahan. Jika cairan telur tidak mencukupi, tambah sedikit air untk membancuh.
  2. Masukkan udang.
  3. Panaskan minyak.
  4. Goreng.

Resepi Scramble Egg

Ini menu sarapan mudah. Makan bersama roti, hash brown, fries dan burger. Tapi, airnya bukan air kopi. Air kosong sahaja.... Big breakfast @selera4u :D


Bahan-bahannya :
3 biji telur gred A
3 sudu butter
3 sudu susu cair - kalau ada fresh cream lagi sedap
lada sulah
garam
sedikit carrot - cincang dadu
1/2 labu bawang besar - cincang dadu


Caranya :
  1. Panaskan butter dalam kuali.
  2. Pukul telur bersama lada sulah dan garam.
  3. Tumis bawang besar, masukkan carrot.
  4. Masukkan telur yang telah dipukul.
  5. Masukkan susu cair.
Siap
*tips : utk scramble egg yang ketulannya kecil2, guna pemukul telur

Resepi Bubur Lambuk

Pic : Mr. Google

Bahan-bahannya :
1 pot Beras 
segenggam ikan bilis / udang kering
sedikit daging / ayam cincang
daun kunyit
daun kaduk
carrot - potong dadu
bawang putih - hiris nipis
bawang goreng
secubit lada putih
santan
daun bawang & daun sup
garam
sedikit halia - jika suka

Caranya :

  1. Masukkan beras dan daging  ke dalam periuk berisi air dan rebus sehingga nasi kembang.
  2. Tambah air jika air rebusan menjadi kering.
  3. Apabila nasi sudah kembang, masukkan udang kering / ikan bilis, daun kaduk, daun kunyit dan carrot. Tunggu hingga carrot empuk ( kejap aje ).
  4. Masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih, daun sup dan daun bawang.
  5. Masak dalam 5 minit. Siap :D



Tips Kurus

Uiii.... lari topic sat. Walaupun blog ni pasal makan dan makan dan makan.... dan sememangnya tuan punya blog asyik makan aje kerjanya... jauh-jauh kat sudut hati, teringin jugak nak menguruskan badan.

So, help me pls.... desperately perlu turunkan dalam 5kg in 20 days. Any advice? To be honest, x tahan tengok makanan, makan dalam kuantiti banyak. Desperately needs moral support.

Resepi Sup Ikan Merah

Lauk dinner yang marvelous :D


Bahan-bahannya :
3 ketul ikan merah
rempah tumis - bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
rempah sup - serbuk
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
sedikit halia - dimayang
sedikit air asam jawa - hilangkan hanyir
carrot
daun sup
celeri
air


Caranya :
  1. Tumis bahan tumis.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan halia.
  4. Masukkan rempah sup. Goreng sekejap, masukkan air dan air asam jawa.
  5. Setelah air mendidih, masukkan ikan, garam, carrot dan celeri.
  6. Akhir sekali, masukkan daun sup.
Marvelous :D

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahannya :
Ikan bilis 
10 tangkai cili kering - tambah jika nak pedas - dikisar
1 labu bawang besar - dipotong membulat
4 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


Caranya :

  1. Goreng garing ikan bilis. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar menggunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan bilis goreng.
  5. Kacau rata.
  6. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  7. Siap :)

Sambal ni kering. Jika nak basah, masukkan air semasa masukkan air asam jawa. Selamat mencuba.

Resepi Chicken Chop Dan Sos Black Pepper


Nampak menyelerakan. Ambil dari citarasaramai.


Bahan-bahan ayam :
1 potong peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1 potong tomato
20 gram tepung
20 gram kentang - digoreng
Sedikit lada sulah

Penyediaan ayam :
1. Salut ayam dengan bancuhan tepung dan telur.
2. Gril di atas kuali leper antara 10 ke 15 minit.
3. Ketepikan.

3. Biarkan sehingga pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung yang telah dibancuh tadi.
4. Kacau sebati dan masak ikut tahap kepekatan yang anda suka.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan bersama ayam, kentang goreng, coleslow dan sepotong tomato.
Bahan-bahan sos black pepper :
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
5 sudu besar lada hitam - dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak


Cara Penyediaan sos black pepper :

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam.

Resepi Lawar

Bahan-bahan :
5 ekor ikan kembung/tamban/parang- ikan mesti segar
Jus limau - banyak sehingga boleh menenggelamkan semua bahan ini nanti
Secekak daun kesum - dihiris halus
Sebiji bawang besar - dimayang halus
Cili padi - ikut kepedasan
Garam
Kacang buncis - apa sayuran pun tak pe
Sebiji tomato - dipotong dadu


Caranya :

  1. Ikan dibuang tulangnya lalu dipotong kecil.
  2. Campurkan semua bahan.
  3. Pastikan ikan dimasak oleh jus limau. Jika tidak, tambah bekalan jus limau.

Resepi Donut Sedap

Projek breakfast ke 2... Sebab, anak bujang yang comel nak makan donut pulak  :D
Terpaksa diikutkan. Kalau tidak, berlapar la si cilik itu.


Bahan-bahannya :


1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil dry instant yis - saya pakai mauripan
secubit garam
sesudu susu - susu segar / susu tepung / susu pekat - untuk lembutkan doh
sebiji telur
1/5 cawan butter 
minyak untuk menggoreng
sedikit air suam - saya pakai air paip :)
*kalau nak rasa lemak manis, letak gula sedikit - saya tak letak sebab nanti kita akan tabur gula juga


Cara Penyediaannya :
  1. bancuh garam dalam air.
  2. Satukan tepung, yis, butter dan susu.
  3. Masukkan telur. 
  4. Uli lembut. Ketepikan hingga doh naik 2 kali ganda.
  5. Uli lembut dan bentukkan donut.
  6. Tunggu hingga donut naik cantik.
  7. Goreng.
Sedia dimakan.


p/s : ada 3 ketul yang saya buat bulat saja. Letak choc dalamnya. Sedap! Makan sorang-sorang. Next time buat untuk si kecil =D

Resepi Karipap Simple

Projek breakfast hari ini :)


Inti :
3 biji kentang - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
Bilis di tumbuk kasar
Sedikit daging ayam dicincang


Rempah (ditumbuk) :
1/2 labu bawang besar
seulas bawang merah 
seulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu besar serbuk kari - letak lebih, lebih sedap. 
sedikit jintan manis
sedikit kulit kayu manis
secubit garam 
sedikit gula
sedikit minyak
air


Doh karipap :


2 cawan tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan butter / marjerin
1 biji telur
sedikit air


Caranya :


Inti :

  1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan bergumpal-gumpal.
  2. Masukkan sedikit air.
  3. Masukkan daging ayam cincang dan bilis tumbuk.
  4. Setelah hampir masak, masukkan kentang dan bawang, 
  5. Kacau dan tunggu hingga masak.



Doh :

  1. Ayak tepung. Satukan dengan butter dan telur dengan lembut - guna hujung jari.
  2. Masukkan air yang telah dibancuh dengan garam.
  3. Bentukkan bulat-bulat - saiz karipap yang diinginkan. - senang, tak payah nak canaikan dan terap :)
  4. ketepikan.
  5. Setelah doh menjadi agak berminyak, canaikan dengan gelas.
  6. masukkan inti yang telah dibuat.
  7. kelim karipap comel-comel.
  8. Sedia untuk digoreng.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...