Pages - Menu

Resepi Kurma Ayam

Bahan-bahannya :
Ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis
rempah kurma
yogurt - menggantikan santan
garam


Caranya :

  1. Perap ayam dengan halia dan garam.
  2. tumis rempah tumis dan halia.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan rempah kurma dan air.
  4. Tunggu pecah minyak.
  5. Masukkan ayam.
  6. Apabila ayam nak masak, masukkan yogurt dan garam.
  7. Tunggu kuah pekat sikit, angkat. 
  8. Siap.



Jika tiada yogurt, boleh buat dadih sendiri. Caranya, bancuh susu (apa-apa susu) dengan air. Perahkan asam limau. Biarkan 5 minit agar ia berkeladak.


Jika suka, masukkan kentang, telur rebus dan lada hijau. Sedap!

2 comments:

  1. Oh meeen... rasanya seperti apa niy, ckckck :ngiler:

    ReplyDelete
  2. @loek : erk... xpernah makan ayam kurma ke?

    ReplyDelete