777

Resepi Tiramisu Coklat

Bahan-Bahan :
275 gm gula kastor
5 biji kuning telur
100 ml susu segar
40 gm serbuk gelatin
500 gm keju mascarpone
185 gm krim putar
2 keping kek span coklat

Cara-caranya :
1. Sediakan bekas dengan kaedah double boiler dan masukkan gula serta kuning telur. Pukul sehingga gula cair dan kuning telur berbuih. Setelah itu angkat dan ketepikan.
2. Krim putar hendaklah dipukul sehingga separuh kembang. Ketepikan.
3. Cairkan gelatin dengan suku cawan air panas. Ketepikan.
4. Kemudian tuangkan susu ke dalam adunan nombor satu, kacau sebati. Kemudian masukkan keju mascarpone, dan kacau lagi.
5. Masukkan pula krim putar dan kaup balikkan. Akhir sekali masukkan gelatin dan gaul sehingga sebati.
6. Dalam loyang jenis gegelang (ring), alaskan bahagian bawah dengan aluminium dan kemaskan bahagian tepi loyang.
7. Kemudian lapiskan dengan kek span. Tuangkan sebahagian adunan tiramisu.
8. Lapiskan satu lagi kek span dan tuangkan tiramisu selebihnya.
9. Masukkan dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum loyang ring dibuka dan taburkan serbuk koko di atasnya.

*Note : Nampak sedap kan? X pernah cuba ni... Kene kumpul banyak resepi tiramisu ni. Cari yang paling senang buat tapi sedap :P
Source : Sajionline

Tips Ulam/Buah Kekal Rangup

Rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.

Note : Kalo buah epal pun boleh.

Resepi Sagu Gula Melaka




Ini menu untuk berbuka esok, insya Allah. Permintaan abang yang tersayang.

Bahan-bahan :

1 tin susu cair
1 cawan sagu
sedikit air
sedikit garam

1 ketul nise/gula merah
daun pandai
cwan air

Cara :
 
rebus sagu di atas api yang kecil bersama air sehingga kembang. Mulakan dengan sukatan air yang sedikit. Tanbah air sekiranya tidak mencukupu. Tambahkan sedikit garam.

Sesudah kembang, masukkan ke dalam acuan kecil. Sejukkan.

Masak nise/gula merah bersama secawan air dan daun pandan.

Tuangkan nise dan susu cair ke atas sagu. Sedap dimakan ketika sejuk.

Resepi Agar-agar Bersantan


Bahan-bahan :
Sedikit agar-agar
Santan
Gula Merah / nise
2 biji telur

Caranya :
Didihkan agar-agar dalam air. Ikut suka nak banyak mana. Masukkan gula merah. Kacau sampai hancur. Bahagikan kepada dua bahagian ( atas dan bawah ).
Letak satu bahagian ( bawah ) dalam loyang.

Satu bahagian lagi, masih di atas api yang sederhana. Masukkan santan dan telur. Tunggu sebati/serasi. 

Sejukkan sedikit bahagian bawah. Bila dah sejuk sikit, letakkan bahagian bersantan di atasnya. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Nota : Lain kali kene letak lebih sikit gula merah. Agar-agar ni, kurang manis. Sesuai utk mereka yang berdiet.
Source : Cuba-cuba sendiri.

Tips Bersihkan Perut Lembu



Perut lembu memang sedap dimakan. Nanti kene keluarkan pelbagai resepi perut lembu ni. Macam-macam resepi yang memang marvelous ada. Kebanyakkannya emak masak. Hehehe... 

Caranya, masukkan perut lembu dalam bekas. Tuangkan air sejuk. Kemudian masukkan air kapur. Kacau dan biar seketika. Lepas tu, cuci seperti biasa.

Source : emak bagitau...

Tips Memilih Ikan Segar



Bagi memastikan ikan yang dibeli segar, tengok insang dan matanya. Insang ikan mesti masih merah dan mata dia jernih. Pastu, try tekan daging dia. Ikan segar, kesan tekan tu, x tertinggal. Daging dia bounce balik.

Note : Berhati2 ye... kalo ikan nampak segar, tetapi mata dia putih aje, JANGAN BELI. Ikan tu dah diawet dengan ubat mayat.

Source : emak la......

Resepi Gulai Udang


 
 
Bahan-bahan :
1 kg udang
500 ml santan
15 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
1 sudu besar cili giling
1 keping asam keping
1 batang cili merah - dipotong
Sedikit nanas - dipotong
Garam dan gula secukupnya *sya x letakkan pun gula. udang dh cukup manis

Cara :

1. Rebus semua bahan yang dikisar sehingga mendidih.
2. Masukkan santan, udang, nanas dan cili merah lalu kacau sehingga mendidih.
3. Angkat dan sedia dihidang.

*resepi ni, dh cuba. sedap... Source : citarasaramai

Resepi Kek Batik

Source : Mr Google
Bahan-bahan :

1 bungkus (350g) biskut marie - patah-patahkan
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
sedikit gula (terpulang nak manis ke tidak, sya suka pahit)

Cara-cara :

Campurkan koko,milo,air,gula di atas api yang sederhana. Kacau hingga sebati. Masukkan butter, kacau hingga cair. Masukkan telur. Kacau kejap, ketepikan.
Masukkan biskut marie. Gaul sebati. Masukkan dlm loyang / bekas. Tekan2 bagi padat, simpan dalam peti biar sejuk. Yummy :)

* Masa kecik2 dulu, emak selalu gulung dalam plastik. Senang bila nk makan. Konon2 makan oreo. Hehehe...

*Source : resepi emak

Resepi Sayur Bungkus

Bahan-bahan:

70 gm bunga kubis - dipotong kecil
70 gm brokoli
1 batang lobak merah
6 biji cendawan butang
6 biji sengkuang cina
8 keping cendawan kering
4 keping tauhu goreng
1 keping fucuk - direndam hingga kembang
Bahan-bahan Perisa:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
2 sudu besar gula
1/2 mangkuk air atau air rebusan ayam
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara :
1. Panaskan dua sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan kesemua jenis sayur kecuali kepingan fucuk. Masukkan bahan-bahan perisa kecuali tepung jagung dan masak dengan api yang perlahan selama 10 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Fucuk dilap kering kemudian dibentangkan di dalam mangkuk. Masukkan sayur yang digoreng tadi dan bungkus hingga kemas kemudian kukus selama 10 minit.
3. Alihkan bungkusan sayur ke dalam pinggan kemudian potong menyilang di bahagian atas sebelum dilipatkan keempat-empat penjurunya ke bawah.
4. Jerang air rebusan ayam hingga mendidih dan masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul. Bila kuah menjadi pekat, tuangkan ke atas sayur dan hidang.

Source : Sajionline.com.my

Resepi Ikan Talang Masak Lemak

 Source : Mr Google
Bahan-bahan :
Ikan talang - rendam dulu ye. masin nih
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 hiris lengkuas
sedikit nenas / timun
santan

Cara-cara :
Blend bawang merah, bawang putih dan lengkuas. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan ikan dan nenas. Bila mendidih, masukkan santan. Kacau untuk elakkan berketul. Rasa-rasa dah masak dan sedap, angkat la. Tak payah ketak garam ye.

*Source : resepi emak

Resepi Udang Tempura

source : Mr Google


Bahan - bahan :
Sedikit udang saiz besar / sederhana
sedikit putih telur
sedikit tepung beras dan tepung jagung
sedikit pepper / lada putih
garam sket
minyak untuk menggoreng

Caranya :
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan tepung dan pepper serta garam secukup rasa. Pukul rata. Celup udang dan goreng dalam minyak panas.

*sedap ni. try la. Source : resepi mak :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...