Pages - Menu

Resepi Original Brownies


Bahan - Bahan :

100 gm coklat
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut

Cara Menyediakan :

1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah dauble-boiler. Sejukkan.
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang
3. Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.
4. Masukkan tepung dan serbuk penaik
5. Masukkan badam atau walnut
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit

2 comments:

  1. cedapnyaaaa...!! nak blajar wat gak la...pakai tepung pe ni? kaedah double boiled tu camne erk? acuan tu loyang ke?

    ReplyDelete
  2. tepung gandum aje. kalo pakai tepung naik sendiri, x payah pakai serbuk penaik lagi...

    double boiled tu, macam kukus. kat bawah air yang tengah mendidih atas dapur. letak mentega ngan choc tu dalam bekas atas air. kira bukan direct ngan api.

    loyang aje :)

    ReplyDelete